Google Play Games Untuk PC Semakin Berkembang – Permainan Kini Memaparkan Lencana Khas

TechnologyDigital
14 Mar 2025 • 4:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Games PC diperkenalkan dalam bentuk beta sejak tiga tahun lepas. Tidak lama lagi, ia akan berubah menjadi status stabil. Untuk persediaan ini, Google ingin menambah lebih banyak permainan mudah alih ke PC selain turut menambah koleksi permainan natif. Terbaru, lencana khas diperkenalkan untuk permua yang boleh dimainkan di PC.

image is not available

Google jelas dilihat ingin bersaing dengan Steam dan Epic, di mana pelancar atau hab permainan mereka menawarkan koleksi yang pelbagai. Lencana khas ini adalah optimized untuk permainan yang pembangun telah kemas kini untuk PC, playable yang menepati spesifikasi minima untuk dimainkan dan untested yang pihak Google belum pernah uji tetapi berkemungkinan boleh dimainkan.

Google juga dikatakan sudah mula bekerjasama dengan pengeluar PC untuk memastikan produk generasi baharu nanti boleh memainkan permainan Play Games PC. Google turut mengembangkan akses kepada lebih banyak komputer yang boleh main hampir kesemua permainan mereka dan tidak lagi eksklusif mengikut jenama.

View Original Article