Google Play Protect Kini Mengimbas Kod Aplikasi Yang Dipasang Secara Sideload Untuk Keselamatan

TechnologyDigital
20 Oct 2023 • 9:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Saban hari akan terdengar kes mangsa penipuan kerugian ratusan ribu ringgit selepas memasang aplikasi secara sideload. Aplikasi hasad ini kemudiannya mencuri maklumat perbankan peribadi pengguna yang tidak menyedari diri mereka telah ditipu. OIeh sebab itulah memasang aplikasi secara sideload tidak disarankan kerana sistem keselamatan Google Play Protect tidak dapat menganalisa keselamatan aplikasi dengan lebih menyeluruh.

image is not available

Google kini mengumumkan Google Play Protect kini boleh mengimbas kod pada aplikasi yang dipasang secara sideload secara masa nyata. Apabila aplikasi ingin dipasang, Play Protect akan memberikan pilihan untuk melakukan proses imbasan terlebih dahulu. Ia kemudiannya akan mencari petanda ia mungkin aplikasi hasad di dalam kod. Sekiranya dikesan, pemasangan aplikasi akan dihalang. Ciri ini diberikan kepada pengguna di India terlebih dahulu.

Sebelum ini Play Protect hanya akan menghalang pemasangan aplikasi yang dirasakan berbahaya menggunakan senarai. Dengan analisa di tahap kod secara masa nyata, Google berkata keselamatan pengguna Android kini lebih dilindungi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved