Google Play Store Akan Menggunakan AI Untuk Rumusan Aplikasi

TechnologyDigital
20 Feb 2024 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google baru-baru ini sedang sibuk bermain kejar-kejar dengan pelbagai syarikat lain. Mereka bertungkus-lumus menjayakan Gemini seperti menawarkan Gemini Advanced untuk pengguna, memperkenalkan Gemini 1.5 Pro untuk pembangun serta aplikasi untuk pengguna menggunakannya. Terbaru, Google dilaporkan turut akan mengintegrasikan AI pada Play Store.

image is not available

Pada Google Play Store, rumusan aplikasi yang disenaraikan kini dipaparkan dengan teks yang dijana oleh AI. AI ini akan menjelaskan apakah ciri-ciri penting yang pembangun ingin tekankan. Memandangkan ia dijana AI, besar kemungkinan teks yang dipaparkan untuk semua pengguna adalah berbeza tetapi dengan konteks yang sama.

image is not available

Google telah pun menggunakan sistem AI yang sama pada laman FAQ mereka. Kini ciri lebih kurang sama dikembangkan ke butiran dan rumusan aplikasi. Ciri ini masih terhad ke beberapa pengguna sahaja, tidak pasti bila Google akan memperkenalkannya kepada umum.