Google Play Store Kelak Akan Memaparkan Aplikasi Berkualiti Sahaja Kepada Pengguna

TechnologyDigital
3 Nov 2022 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google akan terus memastikan pengguna mereka akan sentiasa menerima pengalaman penggunaan yang terbaik pada produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Terkini, Google akan memastikan tiada lagi aplikasi tidak berkualiti dicadangkan kepada pengguna dan pengguna akan hanya melihat aplikasi yang berkualiti sahaja melalui Play Store.

Ini kerana, Google telah mengubah cara aplikasi yang dipaparkan untuk menjamin keselamatan pengguna serta tidak akan menggunakan aplikasi yang mungkin tidak akan beroperasi dengan baik pada peranti Android masing-masing.

image is not available

Pembangun kini perlu memastikan aplikasi mereka perlu mempunyai rating sekurang-kurangnya tiga bintang untuk disenaraikan dalam carta aplikasi terbaik. Selain itu, kadar aplikasi tergendala yang dilaporkan pengguna dan kadar aplikasi yang tergendala secara sendiri perlu berada kurang 8% untuk setiap peranti.

Bermula Februari 2023 nanti, carta aplikasi percuma terbaik akan mula memaparkan aplikasi yang berkualiti sahaja dengan carta untuk aplikasi berbayar terbaik dilancarkan kemudian. Aplikasi yang tidak berkualiti turut akan mempunyai amaran “Recent data from similar devices show that this app may not work properly on your device“.

image is not available

Google turut akan memastikan ulasan aplikasi yang diberikan pada Play Store adalah sahih, bukan diserang pengguna kerana isu semasa, atau ulasan jenis spam. Tidak lupa juga, antaramuka pada Play Store akan datang turut akan diubah seperti pada laman utama, hasil carian, discovery, dan senarai dengan turut akan ada iklan dipaparkan.