Google Play Store Kelak Akan Meminta Pengesahan Biometri Untuk Muat Sisi Aplikasi

TechnologyDigital
14 Jun 2024 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Play Store adalah antara gedung aplikasi paling selamat dengan ciri perlindungan Play Protect yang baik. Play Store boleh melindungi pengguna dari pelbagai aplikasi bahaya dan akan datang tahap keselamatannya akan menjadi lebih ketat. Jika pengguna ingin muat sisi APK, pengesahan biometri mungkin diperlukan.

image is not available

Berbeza dengan ciri keselamatan sebelum ini, selepas amaran diberikan pengguna boleh pilih “Install anyway” dan aplikasi merbahaya akan terus terpasang. Versi baharu ini, jika Play Store mengesan aplikasi merbahaya seperti perisian hasad dan sebagainya pengguna perlu mengesahkan pemasangan melalui imbasan biometri atau pin. Perkara yang sama diperlukan jika mengemaskini aplikasi secara muat sisi.

Akan datang, selepas pemasangan aplikasi turut akan ada pilihan untuk terus buka. Ciri baharu ini ditemui dalam Play Store versi 41.4.19 tetapi masih tersorok. Jadi tidak pasti lagi bila Google akan mengaktifkan ciri ini untuk semua, kerana ciri ini sangat berguna. Sama-sama kita nantikan.