Google Play Store Sekat 1.75 Juta Aplikasi Hasad Sepanjang 2025

TechnologyDigital
21 Feb 2026 • 9:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aplikasi hasad boleh mencuri maklumat perbankan dan mengambil alih akaun media sosial yang digunakan. Maka sebagai langkah keselamatan, memasang aplikasi secara sisi adalah sangat digalakkan anda muat turun aplikasi hanya menerusi stor aplikasi rasmi. Google menerbitkan laporan ekosistem mereka minggu ini dan lebih 1.75 juta aplikasi hasad telah berjaya dihalang sebelum ia diterbitkan di Play Store.

image is not available

Ini adalah pengurangan besar daripada 2.36 juta pada tahun 2024 dan 2.28 juta pada tahun 2023. Sepanjang 2025 juga, lebih 80,000 akaun pembangun telah diharamkan kerana cuba menerbitkan aplikasi hasad. Ini adalah pengurangan daripada 158,000 akaun pada tahun 2024 dan 333,000 pada tahun 2023.

Disamping itu Play Store turut menghalang lebih 255,000 aplikasi daripada mengakses data pengguna yang sensitif. Google Play Protect pula mengimbas 350 bilion aplikasi Android setiap dan berjaya mengenalpasti lebih 27 juta aplikasi hasad baharu di luar Google Play. Selepas dikesan, pengguna diberikan amaran untuk menghalang aplikasi ini pada peranti mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved