Google Project Aura Diperlihatkan – Cermin Mata Pintar Android XR

TechnologyDigital
9 Dec 2025 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal pagi tadi Google memperlihatkan Project Aura yang merupakan sepasang cermin mata realiti lanjutan (XR) yang menggunakan Android XR. Ia dibangunkan dengan kerjasama XReal yang sudah menawarkan cermin mata XR yang boleh disambungkan kepada peranti Android sejak beberapa tahun lalu.

image is not available

Walaupun dalam bentuk cermin mata, Project Aura menawarkan pengalaman yang sama dengan Galaxy XR yang dilancarkan beberapa bulan lalu. Perbezaan ialah ia bersaiz lebih kecil, jauh lebih ringan dan menggabungkan dunia sebenar dengan elemen XR tanpa memerlukan skrin di hadapan mata.

Seperti Galaxy XR, Project Aura juga menggunakan cip Snapdragon XR2 Plus Gen 2. Ia memberikan pandangan FOV 70 darjah dengan cermin mata disambungkan kepada modul pemprosesan menggunakan kabel.

image is not available

Pengguna Project Aura bukan sahaja boleh menonton video maya yang terapung dalam dunia XR tetapi juga menggunakannya bersama sebuah komputer Windows untuk skrin tambahan.

image is not available

Project Aura akan dilancarkan tahun depan dengan sebuah lagi cermin mata yang hanya menyokong audio tetapi masih menggunakan Android XR turut akan dilancarkan sekali. Google sudah mengumumkan kerjasama dengan Samsung dan Gentle Monster untuk menawarkan cermin mata Android XR tahun depan. Dengan penawaran mereka ini, Google ingin memberikan persaingan kepada Meta yang sedang mendominasi pasaran cermin mata pintar.