Google Search Kini Menyokong Pembetulan Tatabahasa

TechnologyDigital
8 Aug 2023 • 11:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Enjin carian Google Search sehingga hari ini pada hemat saya masih antara yang terbaik. Walaupun Bing sudah mempunyai kecerdasan buatan yang berkuasa berasaskan GPT-4, carian pada Google masih memaparkan hasil yang saya inginkan.

Terbaru, Google Search dilihat hadir dengan ciri pembetulan tatabahasa. Menurut Google ciri ini akan melihat ayat yang ditaip pengguna mempunyai tatabahasa yang betul ataupun akan memberitahu bagaimana untuk membaikinya. Ia lebih kurang sama ditawarkan pada peranti Google Pixel, Gmail dan beberapa produk Google lain sebelum ini.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini, taip sahaja pada bar carian di laman web Google apa-apa ayat dengan frasa tambahan “Grammar check” atau frasa lain yang lebih kurang sama. Ciri ini buat masa ini terhad kepada bahasa Inggeris sahaja, ia juga dikuasakan dengan sistem kecerdasan buatan Google dan tidak pasti bila bahasa lain akan disokong.

Dalam ujian saya, ciri ini kadangkala berfungsi dan kadangkala tidak. Ia bergantung kepada ayat dan perkataan yang ditaip. Google turut memberitahu yang ciri ini mungkin tidak tepat dan jangan bergantung 100% kepadanya.