Google Sedang Melihat Potensi Untuk Menubuhkan Pusat Data Di Malaysia

TechnologyDigital
16 Nov 2023 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai syarikat gergasi teknologi telah mula membuka pusat data tersendiri di Malaysia, sekaligus menawarkan akses yang lebih pantas untuk rantau ini untuk perkhidmatan masing-masing. Terbaru, Google turut menyatakan, dengan sokongan kerajaan Malaysia, Google sedang melihat untuk potensi menubuhkan pusat data di Malaysia.

Pusat data ini dijangka akan menguasakan pelbagai perkhidmatan digital Google.

image is not available

Selain itu, pada masa yang sama, Google turut menyatakan akan menawarkan peluang latihan digital kepada warga tempatan, dengan hasrat untuk meningkatkan skil lebih 300,000 rakyat Malaysia menjelang 2026 kelak. Khidmat latihan ini ditawarkan secara percuma melalui program Go Cloud.

Antara latihan yang ditawarkan adalah meliputi program AI generatif (gen AI), analisa data, selain pelbagai perkara melibatkan awanan. Pengenalan ini adalah lanjutan daripada program Gemilang sebelum ini yang menawarkan sokongan pensijilan dan biasiswa untuk lebih 31,000 orang.