Google Sedang Membangunkan Searchalong – Chatbot Terbina Pada Chrome

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Hari ini telah kami laporkan yang Google sedang membangunkan enjin carian baharu Magi yang dikatakan akan lebih diperibadikan mengikut pengguna. Pada masa yang sama Google turut sedang membangunkan dua perkhidmatan kecerdasan lain iaitu GIFI dan Searalong.

GIFI dikatakan adalah perkhidmatan penjanaan imej berdasarkan teks. Sebelum ini Imagen telah diperkenalkan iaitu perkhidmatan lebih kurang sama tetapi memfokuskan video. GIFI dikatakan akan terbina terus pada laman Google Images.

image is not available

Searchalong pula mungkin adalah jawapan Google kepada Bing. Ia adalah perkhidmatan perbualan dengan kecerdasan buatan yang terbina terus pada pelayar web Chrome seperti Bing pada Edge. Antara ciri yang boleh dilakukan adalah mencari aktiviti menarik berdekatan dengan tempat penginapan ketika bercuti. Searchalong akan mencari di Internet dan terus memberi pengguna jawapan.

image is not available

Tidak pasti jika teknologi Bard akan digunakan atau ini adalah satu projek tersendiri. Mengenali Google biasanya mereka akan menggunakan konsep daripada pelbagai projek dalam satu produk untuk pengguna umum.

Apa kata anda adakah anda mahukan perkhidmatan kecerdasan buatan Google sentiasa membantu?