Google Task Versi Web Kini Kembali Selepas 6 Tahun Ditamatkan

TechnologyDigital
20 Feb 2025 • 3:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Task adalah perkhidmatan peringatan untuk melakukan tugas yang menarik. Ia kemudian diintegrasikan ke dalam Gmail dan Calendar, tetapi pada tahun 2019 Google menamatkan sokongan versi web dengan pengenalan kepada versi aplikasi. Kini selepas 6 tahun ia kembali.

image is not available

Melalui laman task.google.com, pengguna akan disajikan dengan menu sisi untuk “Buat” tugasan. Selain turut boleh melihat tugasan yang dibintangkan dan senarai tugasan lain. Setiap tugas akan dipaparkan di dalam paparan kad yang moden. Di dalam setiap kad terdapat ciri untuk cipta “Tambah tugas”, tanda tugas yang sudah selesai serta menyemak tugasan lain yang pernah diselesaikan. Pengguna turut akan disajikan mesej tugasan yang terlepas.

Google Task versi web ini turut tidak menyertakan sokongan kongsi atau kerjasama dengan pengguna lain. Jika anda rasakan penggunaan versi web ini tidak menarik, Google Task sedia digunakan di dalam Gmail dan Calendar.