Google Translate Menambah Sokongan 110 Bahasa Baharu Seperti Iban, Minang dan Jawi

TechnologyDigital
28 Jun 2024 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Translate menambah sokongan 110 bahasa baharu menerusi bantuan model bahasa raya (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa paling banyak sejak Translate diperkenalkan pada tahun 2006. Dengan ini Translate kini boleh menyokong 244 bahasa utama dunia dengan sasaran untuk menyokong 1000 bahasa id masa hadapan.

image is not available

Antara bahasa baharu yang disokong ialah Iban, Banjar, Batak, Minang, Kantonis, dan Bahasa Melayu Jawi. 110 bahasa yang diperkenalkan ini digunakan oleh 614 juta pengguna dunia. Google Translate yang lebih berkemampuan kini boleh diakses menerusi laman web dan aplikasi di Android serta iOS.