Google Turut Menggunakan Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data AI

TechnologyDigital
15 Oct 2024 • 9:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google menandatangani perjanjian menggunakan reaktor nuklear modular kecil untuk membekalkan kuasa elektrik kepada pusat data kecerdasan buatan (AI) mereka. Reaktor nuklear modular ini dibangunkan oleh Kairos Power dengan ia akan memulakan operasi pada tahun 2030. Menjelang 2035, reaktor-reaktor ini akan membekalkan 500 MW kuasa dengan pelepasan karbon sifar.

image is not available

Keperluan tenaga yang tinggi untuk pusat data khususnya yang menjalankan perkhidmatan AI Google menyebabkan syarikat gagal memenuhi sasaran menjadikan operasi lebih lestari tahun lalu. Penggunaan tenaga nuklear yang lebih bersih diharapkan dapat mengembalikan semula Google ke landasan sasaran menjadikan operasi mereka lebih sifar-bersih menjelang 2030.

Google bukan satu-satunya syarikat yang mula menggunakan kuasa nuklear bagi memenuhi keperluan pusat data. Bulan lalu stesen janakuasa nuklear Three Mile Island yang terletak di Pennsylvania dihidupkan semula bagi menjana kuasa elektrik yang diperlukan Microsoft. Stesen ditutup pada tahun 2019 kerana tidak menguntungkan. Stesen janakuasa ini ialah lokasi insiden reaktor hampir lebur pada tahun 1979 yang sehingga kini ialah insiden paling serius melibatkan tenaga nuklear di Amerika Syarikat.