Google Pay adalah perkhidmatan pembayaran digital oleh Google di mana pengguna di Amerika Syarikat boleh menyimpan kad kredit, kad debit, tambah nilai, melakukan pembayaran atau menghantar wang ke rakan. Bermula 4 Jun tahun ini, Google Wallet akan menggantikan Google Pay sepenuhnya.
Google Wallet adalah jawapan Google kepada Apple Wallet. Ia merupakan dompet digital yang boleh menyimpan semua kad pembayaran, kad ahli, tiket wayang, pas taman tema, tiket penerbangan dan banyak lagi. Terbaru, Google Wallet dilihat akan berkembang lagi dengan sokongan menambah pas Apple Wallet.


Menurut Mishaal Rahman, aplikasi Google Wallet terkini mula menguji sokongan mengimport pas dengan format .pkpass yang Apple gunakan. Dengan sokongan ini kelak pengguna Apple dan Android akan lebih mudah untuk berkongsi pas antara satu sama lain. Contohnya membeli tiket masuk ke taman tema secara berkelompok, pas ini mudah untuk dihantar ke mereka yang menggunakan peranti berbeza.
Google Wallet may soon be able to import digital passes saved in Apple's .pkpass format!
One user on Telegram tells me that Google Wallet is now able to import .pkpass files. This doesn't work for me yet, though. Let me know if this works for you!
(Thanks to Cob on Telegram for… https://t.co/jjAL3o2mbA pic.twitter.com/O69NHNRs6L

