Google Wallet Kini Diperkenalkan Di Malaysia – Menyokong CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Dan Public Bank

TechnologyDigital
15 Nov 2022 • 11:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas pengenalan Apple Pay tempoh hari di Malaysia, kini Google merancakkan lagi industri pembayaran nirtunai di Malaysia dengan pengenalan Google Wallet.

Bermula hari ini, Google Wallet telah boleh digunakan secara rasmi di pasaran tempatan. Melaluinya, ia memudahkan urusan melakukan pembayaran, dan pada masa yang sama membolehkan anda menguruskan pelbagai pas digital anda dengan lebih baik.

image is not available

Untuk makluman, Google Wallet boleh digunakan bersama peranti Android dan juga jam tangan pintar Google Wear. Di Malaysia, Google Wallet menyokong kad CIMB Bank (kad kredit Mastercard), Hong Leong Bank (kat kredit Visa dan kad debit Mastercard), Hong Leong Islamic Bank (kad debit Mastercard), dan Public Bank (kad kredit dan debit Visa) akan dapat menambahkan kad mereka pada Google Wallet. HSBC (kad kredit Visa dan Mastercard) dan HSBC Amanah (kad kredit Visa dan Mastercard), akan boleh ditambah tidak lama lagi.

image is not available

Disamping itu, pas masuk AirAsia akan juga dapat ditambahkan pada Google Wallet, termasuk sokongan untuk pas masuk Malaysia Airlines akan datang tidak lama lagi.

Untuk menggunakannya, anda perlu memasang aplikasi Google Wallet, dan seterusnya menambah kad pada peranti anda. Seterusnya untuk melakukan pembayaran di kedai-kedai yang menyokongnya, anda hanya perlu tap pada terminal pembayaran. Anda perlu memastikan sokongan NFC dihidupkan sebelum dapat menggunakan ciri ini.