Google Wallet perlukan Android 9 untuk berfungsi, tiba masanya untuk anda tukar telefon

TechnologyDigital
13 May 2024 • 10:21 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bermula 10 Jun 2024, Google Wallet memerlukan telefon anda untuk menjalankan sekurang-kurangnya Android 9 sementara Wear OS sekurang-kurangnya 2.X. Berdasarkan laman sokongan, mereka menyatakan ia bagi memastikan transaksi pembayaran tanpa sentuhan menjadi lebih selamat kerana mereka sudahpun menghentikan penyaluran tampalan keselamatan untuk Android 8 dan kebawah.

Google Wallet adalah dompet digital yang booleh simpan maklumat kad kredit, tiket, pas, keunci, dan pengenalan diri. Menggunakan Google Wallet juga, anda boleh lakukan pembayaran secara tanpa sentuh di terminal pembayaran, sama seperti anda lakukan dengan Apple Pay dan Samsung Pay.

Maybank adalah bank terbaharu yang menyokong pembayaran menggunakan Google Pay. Namun terlebih dahulu, anda kena masukkan kad tersebut ke dalam Google Wallet sebelum boleh ditambat pada aplikasi pembayaran Google itu.

Berdasarkan laman Statista, pecahan pengguna Android 8 dan kebawah iaitu versi Android yang bakal tak disokong oleh Google Wallet adalah sekitar 8% sahaja daripada pengguna Android global.

Antara perkara menarik dengan Google Wallet adalah seperti sokongan kunci kereta secara digital. Telefon seperti Google Pixel 6, Pixel 6 Pro, telefon dengan Android 12 ke atas boleh membuka kunci kereta terus daripada kereta.

Sumber: Google

Bacaan berkaitan