Gopal Sri Ram Meninggal Dunia

LocalPolitics
29 Jan 2023 • 1:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gopal Sri Ram - gambar fail

KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru hari ini.

Getaran difahamkan, mendiang meninggal dunia ketika masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini.

Berita kematian mendiang disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P Kunyalam dan menurutnya, mendiang yang berusia 79 tahun meninggal dunia pada  jam 12.15 tengah hari tadi.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan untuk kes projek solar hibrid melibatkan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu telah dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak dua minggu lalu.

Gopal Sri Ram juga ialah Timbalan Pendakwa Raya Kanan bagi kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Getaran, 29 Januari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved