Gopeng Glamping Park raih jualan RM150,000 pada MATTA Fair

LocalTravel
11 Sep 2025 • 9:03 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Gopeng Glamping Park raih jualan RM150,000 pada MATTA Fair

image is not available

11/09/2025 - 09:03

Percutian perkhemahan dalam suasana alam semulajadi merupakan tarikan utama Gopeng Glamping Park. Oleh Zaki Salleh

GOPENG 11 Sept – Gopeng Glamping Park berjaya meraih jualan sebanyak RM150,000 semasa pameran pelancongan terbesar negara, MATTA Fair 2025 yang berlangsung di ibu negara minggu lalu.

Jumlah tersebut meningkat lebih 40% berbanding prestasi jualan tahun lalu.

Angka ini membuktikan permintaan yang semakin tinggi terhadap pakej pelancongan berasaskan alam semula jadi dan aktiviti lasak yang ditawarkan oleh Gopeng Glamping Park.

MATTA Fair 2025 menyaksikan penyertaan pelbagai penggiat industri pelancongan dari dalam dan luar negara dengan ribuan pengunjung hadir untuk mendapatkan tawaran terbaik bagi destinasi percutian mereka.

image is not available
Aktiviti riadah dalam Pakej Adventure antara yang diminati pengunjung Gopeng Glamping Park.

image is not available

Menurut Pengurus Pemasaran Gopeng Glamping Park, Hazim Azalan, antara pakej yang paling mendapat sambutan sepanjang pameran berlangsung adalah Pakej Adventure dan Pakej Penginapan Glamping 2 hari 1 malam.

“Pakej Adventure kami merangkumi aktiviti seperti Whitewater Rafting, ATV Fun Ride, dan aktiviti terbaru kami iaitu Buggy Adventure telah menjadi tarikan utama pengunjung.

“Selain itu, pakej penginapan glamping kami turut mendapat sambutan luar biasa, khususnya dalam kalangan keluarga dan kumpulan rakan yang ingin menikmati pengalaman bermalam di tengah kehijauan alam dengan kemudahan yang selesa.

“Aktiviti perkhemahan alam semulajadi ini juga semakin diminati golongan Gen Z terutama masyarakat kota,” ujarnya kepada DagangNews.

image is not available

image is not available
Sebahagian daripada petugas Gopeng Glamping Park yang terlibat pada MATTA Fair 2025.

Hazim turut menyatakan bahawa sambutan yang memberangsangkan ini akan dijadikan pemangkin untuk terus memperkenalkan lebih banyak produk pelancongan menarik serta memperluas pasaran Gopeng Glamping Park.

Sejak dibuka pada tahun 2018, Gopeng Glamping Park telah berkembang sebagai lokasi percutian perkhemahan yang menyediakan pelbagai aktiviti riadah mencabar.

Antaranya seperti berkayak meredah arus deras, aktiviti panjat air terjun, eksplorasi ke Gua Tempurung, aktiviti rentas desa menunggang kenderaan ATV, paintball dan merentas hutan.

Gopeng Glamping Park mempunyai 35 buah khemah pelbagai saiz yang boleh memuatkan 135 pengunjung pada satu-satu masa - DagangNews.com

standard

View Original Article