GoPro Akan Menghentikan 15% Pekerja

TechnologyDigital
20 Aug 2024 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GoPro adalah syarikat kamera aksi yang cukup popular. Kamera mereka digunakan oleh pelbagai golongan pengguna, tidak kira untuk aktiviti lasak atau sekadar kamera untuk bercuti dan juga mencipta video vlog. Terbaru, Reuters melaporkan yang 15% pekerja GoPro akan diberhentikan.

image is not available

Perkara ini berlaku kerana mereka ingin melakukan penstrukturan semula syarikat. Suku pertama tahun 2024, GoPro telah meraih pendapatan $186 juta (~RM813 juta) yang rendah berbanding kutipan sebelumnya. Dianggarkan, sekitar 139 pekerja akan terkesan atas penjimatan kos. Penstrukturan ini turut dianggarkan akan menelan kos sekitar $5-$7 juta.

Tahun ini GoPro tidak mempunyai banyak inovasi baharu selain menawarkan aplikasi suntingan video Quik untuk desktop. Penjimatan kos dan penstrukturan semula syarikat turut tidak diketahui akan memberi kesan ataupun tidak kepada pembangunan helmet dengan kamera terbina yang dianggarkan akan tiba pada tahun 2025.