GoPro Hero 12 Black akan diumum pada 6 September 2023

2 Sep 2023 • 6:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

GoPro di laman rasmi mereka memuat naik teaser tentang kamera Hero baharu yang bakal dilancarkan. Berdasarkan info yang dimuat naik, GoPro Hero 12 Black akan dilancarkan pada 6 September 2023. Sekiranya anda mengikuti jadual pelancaran kamera aksi ini, Hero 11 Black telah diumumkan pertengahan September 2022 lalu.

image is not available

Salah satu perkara menarik daripada bahan iklan yang dikongsikan GoPro adalah, Hero 12 Black yang bakal tiba ini adalah "All-New". Kalau anda biasa dengan automotif, "All-New" memang bermakna segala-galanya baharu daripada luar dan dalam. Adakah GoPro Hero 12 Black telah di-overhaul?

image is not available

Perkataan "All-New" juga adalah sesuatu yang tidak digemari pengguna GoPro sedia ada. Hal ini kerana berkemungkinan besar segala macam aksesori kamera sedia ada jadi tidak padan dengan Hero 12 Black kelak.

image is not available

Menghampiri tarikh pelancaran, sudah ada beberapa maklumat daripada saluran tak rasmi mula tular. Contohnya beberpaa keping gambar yang didakwa sebagai kotak komersial Hero 12 Black telah hangat dikongsikan warga net. Daripada gambar tersebut, kelihatan rupa paras kamera aksi GoPro masih kekal seperti sedia kala. Yang berbeza adlah bintik-bintik biru seperti buruj kelihatan atas badan kamera itu.

image is not available

Kelihatan juga frasa Hypersmooth 6.0 di bahagian sisi. Untuk pengetahuan anda, Hypersmooth pada Hero 11 Black adalah versi 5.0.

Bacaan berkaitan