GoPro Hero 13 Black Malaysia: Ini senarai harga aksesori rasminya

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 2:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seminggu selepas pelancaran global, hari ini GoPro mengadakan majlis pelancaran GoPro Hero 13 Black dan GoPro Hero (2024) untuk pasaran Malaysia.

Harga GoPro Hero 13 Black di Malaysia

Berikut adalah harga rasmi GoPro Hero 13 Black & Hero (2024):

  • GoPro Hero 13 Black – RM1,999
  • GoPro Hero 13 Black Creator Combo -RM3,199
  • GoPro Hero (2024) – RM999

Dalam Creator Combo, anda akan terima Volta Power Grip, Media Mod, Light Mod, dan beberapa aksesori lain.

image is not available
GoPro Hero 13 Black di Shopee sebelum baucar digunakan

Bersama-sama dengan kamera baharu, ada juga beberapa siri lensa dan aksesori lain yang boleh dipadankan dengan GoPro, harganya pun ada:

  • Ultra wide lens mod – RM579
  • Macro lens mod – RM759
  • Anamorphic lens mod – harga belum diumumkan
  • ND Filter 4 Pack – RM409
  • Contacto Magnetic Door and Power Cable – RM469
  • Magnetic Latch Mount – RM149
  • Ball Joint Mount – RM229

Anda boleh dapatkannya melalui gedung dalam talian Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi GoPro Hero 13 Black

Berbanding Hero 12 Black, komponen pengimejan untuk Hero 13 Black didapati masih sama. Ia masih gunakan SoC GP2 serta sensor 1/1.9" CMOS 8:7. Namun terdapat beberapa perubahan yang menjadikan kamera ini lebih versatil.

image is not available

Kehadiran sirip penyejuk berhampiran lensa mungkin membolehkan GoPro memerah lebih keringat sensor dan cip pemproses imej kamera ini. Salah satu perkara baru adalah tangkapan gerak perlahan 400fps pada resolusi 720p.

image is not available

GoPro juga telah menambah baik bateri Enduro yang bermakna ia tidak backward compatible dengan Hero 12 Black. Bateri baru ini ada kapasiti 1,900mAh (lebih besar) dan mereka turut perkenalkan Contacto Magnetic Door yang bolehkan kuasa dibekalkan pada kamera menggunakan kabel magnetik.

Kemudian, mereka perkenalkan satu cara baharu untuk mount kamera. Generasi lepas mereka perkenalkan lubang skru kamera, generasi ini mereka perkenalkan pula Snap & Mount, kaki penyambung mirip yang boleh anda temukan pada DJI Osmo Action.

GoPro turut mengeluarkan barisan lensa HB-Series untuk pelbagai guna seperti:

  • Ultra Wide Lens Mod
  • Macro Lens Mod
  • Anamorphic Lens Mod
  • ND Filter 4-Pac

image is not available

image is not available

image is not available

Spesifikasi GoPro Hero (2024)

Bersama-sama dengan GoPro Hero 13 Black, satu lagi kamera lebih kecil diumumkan iaitu GoPro Hero (2024). Ini adalah versi asas yang tak gunakan SoC GP2 sebaliknya S75N.

image is not available

Ia adalah satu siri kamera baharu yang ditujukan untuk yang tidak mahu berbelanja besar untuk sebuah kamera aksi, tapi masih inginkan lencana GoPro.

Tak seperti Hero 11 Black Mini, Hero (2024) ini ada skrin di bahagian belakang untuk anda lakukan tetapan.

image is not available

Bacaan berkaitan