GoPro HERO11 Black Mini Kini Di Malaysia Pada Harga RM1979

TechnologyDigital
10 Jan 2023 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kamera aksi GoPro HERO11 Black Mini kini akhirnya ditawarkan di Malaysia pada harga RM1979. Ianya tiba selepas kamera ini dilancarkan pada bulan September tahun lalu. Ia dilengkapi sensor 8:7 baharu dengan kemampuan melakukan rakaman video 10-bit dengan sistem penstabilan imej yang membolehkan pelbagai aksi lasak dirakam dengan mudah.

image is not available

Sensor dengan saiz 24.7 MP ini boleh melakukan rakaman pada resolusi 5.3K60p, 4K120p dan + 2.7K240p. Dari segi kemampuan ia sama seperti GoPro Hero11 Black cuma bersaiz lebih kecil, tidak mempunyai skrin LCD dan bateri yang tidak boleh ditanggalkan.

image is not available

Selain HERO11 Black Mini, HERO11 Black juga sudah ditawarkan di Malaysia pada harga RM2399 dan HERO11 Black Creator Edition pula pada harga RM3399.