GoPro Max 360 Generasi Baharu Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,799

TechnologyDigital
7 Apr 2025 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

GoPro telah melancarkan kamera Max 360 generasi terbaru di Malaysia. Kamera ini mengekalkan resolusi rakaman 5.6K seperti model sebelumnya, namun kini disertakan dengan bateri Enduro berkapasiti 1,600mAh yang lebih tahan lama. Selain itu, sistem pemasangannya yang kini lebih mudah dapat memastikan ia sesuai digunakan dengan pelekap tripod standard ¼-20 daripada GoPro.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dari segi perisian, kamera ini menawarkan ciri suntingan video 360 darjah yang lebih mudah. Sistem penjejakan objek berasaskan AI terkini pula memastikan rakaman berkualiti tinggi, manakala tetapan kanta digital turut boleh dilaraskan hanya pada bingkai utama. Pilihan CameraFx dan penuras baharu juga disediakan untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

image is not available

image is not available

Pengguna turut boleh memanfaatkan pemalam Reframe baharu dalam Adobe Premiere Pro dan After Effects untuk memudahkan proses suntingan video di desktop. Selain itu, pelanggan GoPro Premium dan Premium+ berpeluang menikmati storan awan tanpa had. Kamera ini turut mengekalkan reka bentuknya yang kompak, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis pengguna, sama ada pemula atau professional.

image is not available

Bagi yang berminat, kamera ini boleh didapati secara pratempah dengan harga RM1,799 (percuma 4ft Pole) melalui pengedar rasmi GoPro. Dalam acara yang sama, mereka juga tidak ketinggalan menawarkan Hero13 dalam pilihan warna Polar Bear baharu pada harga RM1999, dan terhad dalam 240 unit sahaja.

View Original Article