GoPro Quik versi desktop dilancar, pengguna Malaysia tak boleh guna 100% pun

Digital
9 Feb 2024 • 5:31 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

GoPro hari ini telah mengumumkan yang aplikasi penyuntingan video mereka, Quik, kini ada dalam versi desktop. Pada awalnya, aplikasi ini ditawarkan untuk platform Android dan iOS dalam tahun 2021 yang lalu. Malangnya, hanya platform MacOS tersedia buat masa ini sementara Windows perlu menunggu sedikit masa lagi.

image is not available

Beza versi mudah alih dengan versi komputer adalah anda boleh akses lebih banyak fungsi berkuasa seperti menyelarikan rentak lagu dengan video. Seperti biasa, ciri auto-highlight juga ada untuk mempermudah penyuntingan untuk yang tidak mempunyai pengalaman mendalam berkaitan penyuntingan video.

image is not available

Menariknya, Quik ini bersinergi dengan versi mudah alih pada segi ciri sambungan awan. Maknanya, anda boleh lakukan penyuntingan awal di telefon dan sambungnya di komputer. Walau bagaimanpun, ini adalah ciri premium yang hanya dinikmati pelanggan berbayar GoPro. Dalam pasaran A.S, GoPro Premium ditawarkan pada harga USD49.99/tahun (RM238/tahun) manakala Premium+ pada harga USD99.99 (RM476.30).

image is not available

Pengguna di Malaysia masih lagi tidak akan boleh memanfaatkan Quik sepenuhnya kerana pelan berbayar masih tidak ditawarkan dalam pasaran kita buat masa ini.

Sekiranya anda perlukan sebuah aplikasi penyuntingan video berkuasa tinggi dan percuma, cuba anda usyar CapCut yang bukan sahaja ada di MacOS, malah di Windows, Android, dan iOS.