Gorilla Glass Ceramic 3 Dilancarkan – Tahan Jatuh Daripada Ketinggian 2 Meter

TechnologyDigital
3 Mar 2026 • 2:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Corning melancarkan Gorilla Glass Ceramic 3 dengan ia kini adalah bahan perlindungan skrin generasi baharu yang paling tahan lasak pernah dihasilkan oleh mereka. Dalam ujian yang dilakukan dalam makmal, Gorilla Glass Ceramic 3 tahan jatuh daripada ketinggian lebih 2 meter ke atas permukaan konkrit. Ia juga tahan sekurang‑kurangnya 20 jatuhan berulang dari 1 meter ke atas permukaan seperti jalan tar.

image is not available

Menurut Corning lagi, kaca pesaing jenis aluminosilikat gagal pada jatuhan pertama. Tahap ketahanan yang tinggi ini dicapai dengan memasukkan bahan kristal ke dalam matrix kaca. Hasilnya ialah bahan yang tahan lasak serta tahan retak berbanding kaca biasa.

Peranti pertama menggunakan Gorilla Glass Ceramic 3 ialah Motorola Razr Fold yang secara rasminya dilancarkan di MWC Barcelona juga awal pagi ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved