Isu peniruan produk Sambal Nyet Berapi milik Khairul Aming oleh peniaga di Shopee telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna. Namun, seorang penasihat akaun perniagaan yang hanya dikenali sebagai ‘SS’ memberikan pandangan yang berbeza.
Menurut SS, tidak salah untuk meniru produk lain.
“Inilah perkara yang betul dibuat dan sebenarnya cara yang dia buat ini adalah cara bagaimana banyak jenama antarabangsa ditiru,” katanya yang merujuk kepada jenama seperti ASADI dan PENSONIC yang menyerupai ADIDAS dan PANASONIC.
Orang yang beli tak baca label betul-betul
Jelasnya, apa yang dibuat oleh peniaga Sambal Nyet Khairi itu betul-betul fokus kepada spillover jenama Khairul Aming.
“Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul,” jelasnya merujuk kepada amaran yang sering diletakkan oleh Colgate dalam iklannya, ‘Baca label sebelum beli’.
SS juga menekankan perbezaan antara melakukan perkara yang betul dengan melakukan perkara yang beretika.
“Betul tidak semestinya beretika. Betul kerana apa yang dia buat, itu betul-betul buat duit. Tidak beretika, itu hal lain,”katanya.
Tak salah meniru, yang salahnya menipu
Menjelas lebih lanjut, SS berkata, jika sambal tiruan itu sama sedap atau lebih sedap dari sambal yang asli, namanya akan terus naik.
“Pengajaran dari perkara ini ialah, ‘Go to hell with originality’. Apa salah meniru? Kita semua belajar dengan meniru. Kononlah idea kita ‘authentic atau asli sangat. Padahal bisnes kita pun banyak cedok sana sini.
“Kalau dia cakap itu sambal Khairul Aming, itu salah. Tapi kalau dia cakap itu bukan sambal Khairul Aming, siap bagi nota terima kasih lagi. Tak salahlah meniru, yang salah menipu.
“Orang opportunists akan sentiasa boleh buat duit dengan meniru. Kita mesti pandai tiru, bukan menipu. Kalau tahu cara A buat produk lebih jimat, sanggupkah nak ‘stay original’ semata tidak mahu tiru?” katanya.
Justeru, SS menyarankan agar orang ramai membuang ego dan tidak takut untuk meniru asalkan tidak menipu dan menindas orang lain kerana itu berdosa.
“Kesimpulan dari isu tiru sambal Khairul Aming, tirulah cara dia buat duit, jangan tiru etika dia buat duit,” ujarnya.
Sumber: Facebook
The post ‘Got to hell with originality, apa salah meniru?’ – Lelaki ini tak setuju netizen dakwa peniaga Shopee tiru produk Khairul Aming appeared first on The Reporter.



