Gotong-royong buat kuih bakul simbol perpaduan penduduk KKB

12 Jan 2025 • 9:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

OLEH SYAZA ATIKAH IBRAHIM

KUALA KUBU BHARU, 12 JAN: Tradisi penduduk Kuala Kubu Baharu (KKB) bergotong-royong menyediakan kuih bakul atau ‘Nian Ga’ menjelang Tahun Baharu Cina diteruskan tahun ini.

Wakil rakyat KKB Pang Sock Tao berkata tradisi selama 12 tahun itu menjadi simbol perpaduan serta semangat kerjasama komuniti setempat.

“Setiap tahun generasi muda akan berkumpul menyediakan bahan membuat Nian Gao sehingga lewat malam dan masak sehingga awal pagi.

“Saya menyokong usaha anak muda ini dengan turun padang dan memberi suntikan dana bagi menunjukkan kepentingan amalan tradisi nenek moyang kita,” katanya kepada Media Selangor.

Gotong-royong selama tiga hari dua malam di Kampung Assam Kumbang melibatkan puluhan anak muda dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Kubu Bharu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved