Gotong-royong empat agensi negeri sedia 4,000 bubur lambuk untuk komuniti

LocalFood
5 Mar 2026 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 5 MAC: Empat agensi negeri berganding bahu menyediakan 4,000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti sekitar Shah Alam serta pemegang taruh sempena program Ihya’ Ramadan petang ini.

Program itu melibatkan kerjasama strategik Media Selangor, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

image is not available
CSR Bubur lambuk di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Proses memasak yang bermula sejak awal pagi di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, di sini, turut dibantu pihak pengurusan masjid serta sukarelawan dalam kalangan kakitangan agensi terlibat.

image is not available
Petugas bergotong royong membuat bubur lambuk ketika program CSR Bubur Lambuk di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan diteruskan sebagai usaha menghargai komuniti serta membantu golongan memerlukan.

image is not available
Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Warga Media Selangor memberi sepenuh komitmen sejak pagi tadi bermula dengan persiapan bahan, diikuti proses memasak sebelum agihan dibuat selepas Asar.

“Insya-Allah program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong usaha membantu masyarakat setempat, khususnya golongan yang memerlukan,” katanya.

image is not available
Petugas Media Selangor turut serta dalam program CSR Bubur Lambuk di Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR