Kedai runcit warga asing dikompaun RM2,000

11 May 2020 • 11:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA PILAH Sebuah kedai runcit milik seorang warga asing dikenakan kompaun RM2,000 selepas gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jualan di premis perniagaannya semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kuala Pilah, Ahmad Khuzairi Salamat berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya selepas menerima aduan awam.

"Kita sebelum ini pernah beri teguran kepada pemilik premis berkenaan penandaan tanda harga, tapi nampaknya dia masih lagi ingkar.

"Jadi, kami telah keluarkan kompaun RM2,000 kepada pemiliknya kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (1) Perintah Kawalan Harga (PHOPR) 1993," katanya.

image is not available

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil kepada peniaga yang masih ingkar dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.

Jelas beliau, pengguna diharap dapat terus menyalurkan maklumat berhubung kesalahan dilakukan para peniaga supaya tindakan dan siasatan dilakukan.