Grab Intercity Dilancarkan Di Malaysia Bagi Memudahkan Pembelian Tiket Bas Atau Feri Ke Singapura

TechnologyDigital
7 Jul 2022 • 5:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dunia mula lali dengan pandemik dan perjalanan rentas daerah, negeri dan negara sudah mula dibuka. Tiada lagi halangan seperti setahun yang lalu maka ramailah mengambil kesempatan ini untuk melancong selepas terperangkap sekian lama. Hari ni Grab Intercity dilancarkan secara rasmi dengan perkhidmatan menawarkan pembelian tiket bas atau feri ke Singapura terus dari dalam aplikasi Grab.

image is not available

Pelanggan Grab Intercity di 11 negeri di Malaysia boleh membeli tiket ke 30 destinasi di Singapura. Terdapat 15,000 pilihan laluan boleh diakses pengguna yang ingin melawat Kota Singa bermula hari ini. Bagi merealisasikan Grab Intercity, kerjasama dengan Splyt dan Easybook dilakukan untuk mengadaptasi perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi Grab. Pengguna kemudiannya boleh membayar menggunakan GrabPay dan mengumpul mata ganjaran GrabRewards.

View Original Article