Grab Kini Membolehkan Anda Melakukan Tempahan Meja Makan Di Restoran

LocalFood
24 Nov 2025 • 12:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Grab kini menambah sebuah ciri baharu pada aplikasi mereka, iaitu kebolehan untuk melakukan tempahan meja makan di rakan restoran Grab. Dengan menggunakannya, anda boleh melakukan tempahan, dan seterusnya hadir ke restoran berkenaan dalam menikmati hidangan.

image is not available

Pengenalan ciri ini terus mengukuhkan lagi kedudukan Grab dalam arena makanan di Malaysia. Bukan setakat tempahan makanan dan pengambilan makanan sahaja, kini mereka turut meliputi sokongan melakukan tempahan meja makan, dan seterusnya turut menguruskan pembayaran menggunakan aplikasi Grab.

Buat masa ini, ciri baharu ini ditawarkan untuk pengguna di Lembah Klang, dan dijangka diperluaskan ke bandar-bandar lain secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang. Sempena promosi pengenalan, setiap pelanggan yang melakukan tempahan meja melalui Grab ini akan turut menerima 150 GrabCoins.