Grab mahu ambil alih Foodpanda di Malaysia dan 6 negara lain dengan nilaian melebihi RM5 bilion

Business & Finance
21 Sep 2023 • 6:22 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Persaingan penghantaran makanan di Malaysia biasanya antara Foodpanda dan Grab. Tetapi persoalan siapakah akan menjadi juara mungkin terjawab jika berita yang kami terima ini akan terjadi.

Delivery Hero, syarikat dari Jerman yang memiliki jenama Foodpanda di beberapa buah negara termasuk Malaysia, dikhabarkan sedang berusaha untuk melepaskan pegangan mereka di tujuh negara di Asia. Laporan tersebut menyebut, perbincangan ini telah memasuki tahap lebih serius.

image is not available

Tujuh pasaran FoodPanda di Asia yang mahu dilepaskan Delivery Hero adalah di Singapura, Kemboja, Myanmar, Filipina, Thailand, Laos dan Malaysia. Langkah ini diambil mungkin akibat kerugian yang dihadapi mereka di pasaran ini sejak sekian lama. Foodpanda Singapura dikatakan mengalami kerugian sebanyak SGD42.7 juta (~RM146 juta) untuk tahun kewangan 2022 yang berakhir pada 31 Disember. Di Malaysia pula, Ddelivery Hero mencatatkan kerguian sebanyak EUR67.9 juta (~RM339 juta), berdasarkan laporan kewangan 2022 yang difailkan pada April 2023.

Syarikat yang dilaporkan berminat untuk pengambilalihan ini adalah Grab dari Singapura. Maklumat yang diterima menjelaskan lagi, Grab mungkin akan membayar kepada Delivery Hero sebanyak lebih EUR 1 bilion (~RM5 bilion) untuk mengambil alih FoodPanda di 7 negara tersebut.

image is not available

Selain pengambilalihan ini, persoalan lain adalah kerjasama Foodpanda di Malaysia. Bulan Mei lepas, AirAsia telah mengumumkan kerjasama dengan Foodpanda di dalam aplikasi AirAsia Superapp, menggantikan perkhidmatan penghantaran mereka sendiri.

Jika pengambilalihan Foodpanda ini diberikan kepada Grab, apakah Grab akan menjadi penghantar makanan utama di Malaysia tanpa pesaing terdekat?

Bacaan Berkaitan