
Bola sepak wanita semakin mendapat tempat di Malaysia, dan Grab Malaysia berbangga dapat bekerjasama dengan Liga Wanita Nasional (LWN) sebagai Platform e-Hailing & Penghantaran Makanan Rasmi bagi liga tersebut. Usaha ini bertujuan untuk mengangkat prestij liga dan memperkasakan suara atlet wanita agar bola sepak wanita menerima pengiktirafan dan sokongan yang sewajarnya. Kerjasama ini diumumkan semasa pelancaran musim 2025 Liga Wanita Nasional baru-baru ini, yang turut disaksikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Edisi kejohanan tahun ini menampilkan penyertaan lapan pasukan – Kelana United FC, KL Rangers FC, Kuala Lumpur FA, MBSJ FC, Red Eagles FC, Sabah FA, Selangor FC dan Young Tigress. Menerusi kerjasama ini, Grab Malaysia akan memanfaatkan platformnya untuk meningkatkan keterlihatan perlawanan Liga Wanita Nasional LWN, memperkayakan pengalaman para peminat, serta memperkasa atlet wanita di dalam dan di luar padang. Dengan berganding bahu, kedua-dua jenama berharap dapat menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk menyokong bola sepak wanita, sambil meraikan ketabahan, bakat, serta kesungguhan para pemain.
Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, berkata, “Di Grab, kami komited dalam memperkasa wanita agar mereka terus maju – sama ada dalam usaha memecahkan batasan di atas padang, atau mengejar peluang dalam kehidupan seharian. Kerjasama kami dengan LWN mencerminkan misi ini dan menekankan dedikasi kami untuk memacu pemerkasaan ekonomi yang inklusif. Melalui inisiatif seperti #SisBoleh, kami telah menyediakan peluang penjanaan pendapatan fleksible untuk wanita bagi membantu mereka mencapai kejayaan dengan cara mereka tersendiri. Apa yang lebih memberi inspirasi adalah beberapa pemain bola sepak berbakat liga ini juga merupakan rakan-pemandu dan penghantar di platform kami, satu lambang ketabahan dan semangat juang yang luar biasa. Bersama-sama, kita berusaha menggerakkan rakyat Malaysia untuk memperjuangkan sukan wanita dan meraikan pencapaian hebat para atlet wanita, sekaligus membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan inklusif.”
Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob, menambah, “Kerjasama antara LWN dan Grab Malaysia bukan sekadar kolaborasi biasa. Ianya merupakan satu gerakan yang bermakna untuk mengangkat bola sepak wanita dan memperkasakan suara atlet wanita di seluruh Malaysia. Sukan wanita berhak mendapat lebih banyak liputan dan dorongan, dan dengan sokongan daripada Grab Malaysia, kita sedang mengambil langkah penting untuk membangunkan liga ini dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyokong atlet-atlet hebat ini. Bersama, kita bukan sahaja memacu kemajuan untuk wanita dalam bidang sukan, malah kita mencipta peluang untuk generasi seterusnya agar berani bermimpi dan meraih lebih banyak kejayaan. Kami menjemput semua warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong bola sepak wanita dan meraikan semangat, bakat, dan ketabahan para pemain kita.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan LWN, Grab Malaysia menggerakkan kesedaran dan sokongan terhadap bola sepak wanita melalui beberapa inisiatif. Aplikasi Grab akan berfungsi sebagai platform untuk memperluaskan keterlihatan perlawanan, pemain dan liga LWN, serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada komuniti bola sepak wanita. Grab juga akan bekerjasama dengan LWN untuk menghasilkan kandungan berinspirasi yang menyerlahkan liga dan para atletnya, bagi meningkatkan keterlibatan dan sambutan orang ramai. Di lokasi perlawanan, penonton boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dengan menempah makanan kegemaran mereka melalui GrabFood, manakala para pemain LWN akan menerima pelbagai ganjaran dan keistimewaan eksklusif sebagai sebahagian daripada komitmen Grab untuk memperkasa wanita di dalam dan di luar padang.
Sertai dan sokonglah bola sepak wanita dengan Grab Malaysia dan Liga Wanita Nasional (LWN). Lawati Liga Wanita Nasional untuk mengetahui lebih lanjut tentang liga, mengikuti perlawanan, dan menyokong pasukan pilihan anda.
The post Grab Malaysia Bekerjasama dengan Liga Wanita Nasional (LWN) Teraju Pemerkasaan Wanita dalam Sukan appeared first on Siakap Keli.

