Sempena Musim Perayaan Ini, Rakan Penghantar Grab Menyantuni Komuniti di Lapangan
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara. Bagi kebanyakan kita, aplikasi Grab adalah penyelamat bila perut lapar atau bila malas mahu memandu dalam kesesakan trafik Kuching. Namun, menjelang Tahun Baru Cina (Tahun Kuda) kali ini, Grab Malaysia membuktikan bahawa komuniti mereka terutamanya rakan-pemandu dan rakan-penghantar mempunyai peranan yang jauh lebih besar daripada sekadar menghantar pesanan.
Menerusi kempen #GrabBersamaMalaysia, Grab telah bekerjasama dengan rakan penghantar mereka untuk mengenal pasti rumah-rumah kebajikan yang benar-benar memerlukan bantuan. Menariknya, kali ini pilihan bukan dibuat oleh “orang atasan” di pejabat, tetapi oleh rakan-pemandu sendiri yang merupakan ‘mata dan telinga’ di lapangan.

Rakan-Penghantar Grab di Kuching Turut Serta Dalam Sesi Bai Nian
Secara ringkasnya, Bai Nian adalah tradisi kunjungan hormat semasa Tahun Baru Cina untuk mengeratkan silaturahim, memohon maaf, dan berkongsi rezeki melalui pemberian hadiah. Inisiatif murni ini tidak hanya tertumpu di Lembah Klang. Di Sarawak, Persatuan Kebajikan Kasih Sayang di Kuching telah dipilih sebagai antara penerima manfaat utama.
Inisiatif yang dilaksanakan di seluruh negara ini menyaksikan seramai 50 orang rakan-pemandu, rakan-penghantar dan pengurusan atasan Grab telah turun padang untuk sesi ‘bai nian’ (lawatan perayaan). Mereka bukan sekadar datang melawat, tetapi mereka juga turut membawa ‘buah tangan’ (bai nian li wu) berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan sudah semestinya limau mandarin untuk membangkitkan suasana perayaan.

Program ini telah memberi impak kepada hampir 200 individu merangkumi rumah anak yatim, pusat jagaan warga tua, dan organisasi orang kurang upaya (OKU) di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Lembah Klang, di mana rakan kerjasama dan ahli pengurusan Grab turut meluangkan masa dan berbual dengan mereka.
“Musim perayaan adalah masa untuk kebersamaan. Tahun ini, kami mahu usaha komuniti kami lebih peribadi. Rakan-pemandu dan rakan-penghantar kami adalah mereka yang paling memahami keadaan di lapangan,” kata Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Antara rumah-rumah kebajikan yang disantuni oleh rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab di seluruh negara adalah seperti:
- Xin Shan Le Welfare Centre (Pulau Pinang)
- Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Berjasa Kinta (Perak)
- Pusat Jagaan Warga Tua Sri Orkid (Johor)
- Persatuan Kebajikan Kasih Sayang (Kuching), dan
- Rumah Bakti Al-Kausar (Lembah Klang)
Kolaborasi Strategik Bersama Jaya Grocer
Bagi memastikan bantuan yang disalurkan berkualiti, Grab turut memanfaatkan ekosistem mereka sendiri. Jaya Grocer bertindak sebagai penaja utama bagi barangan keperluan seperti barangan pembersihan dan barangan kering yang diagihkan kepada hampir 200 individu di seluruh Malaysia, termasuk di Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Sarawak.

Iklan CNY Grab Yang Lain Macam Tahun Ini
Selain aktiviti kebajikan, Grab turut mencuri tumpuan dengan filem pendek Tahun Baru Cina bertajuk “Wait….Whose CNY Ad Is This?”. Apa yang unik, iklan ini menggabungkan lapan jenama berbeza dalam satu naratif, simbolik kepada kepelbagaian kaum dan tradisi di Malaysia yang bersatu di bawah satu bumbung (atau satu aplikasi).
Penghargaan Grab buat Rakan Penghantar dan Komuniti
Langkah Grab melibatkan rakan penghantar dalam memilih penerima bantuan adalah satu strategi yang sangat human-centric. Ia menunjukkan bahawa mereka menghargai input daripada komuniti yang bekerja di jalanan setiap hari.
Bagi kita di Borneo, melihat organisasi besar seperti Grab terus menyantuni pusat kebajikan di Kuching memberikan satu rasa bangga, di mana dalam kemeriahan perayaan, selagi ada yang peduli dan menyantuni, tiada siapa yang akan dipinggirkan.
Anda ada kisah positif dan mengharukan bersama rakan penghantar Grab? Kongsikannya di ruangan komen!
Tahukah anda, ada seorang anak Sarawak yang mencipta ciri keselamatan Grab yang diberi nama Audio Protect? Baca selanjutnya di sini:
Anak Jati Bintulu Ini Rupanya ‘Head of Safety’ Di Grab – Ini Cara Beliau Pastikan 99.99% Trip Anda Selamat
Grab Ambil Alih Everrise, Rangkaian Pasaraya Premium Terbesar di Malaysia Timur
