Grab Malaysia Seru Netizen Kesan Abang ‘Rider’ Bantu Mangsa Ragut

23 Aug 2022 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Grab Malaysia Seru Netizen Kesan Abang ‘Rider’ Bantu Mangsa Ragut

Satu video percubaan meragut seorang wanita yang berjalan seorang diri dihadapan Menara Felda FGV tular di media baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat seorang rider Grab bersama-sama dengan orang awam lain cuba membantu mangsa daripada diragut.

Tindakan bijak rider yang merempuh motosikal peragut dan menarik mereka menyebabkan kedua-dua peragut tidak dapat melarikan diri.

Atas tindakan berani yang ditonjolkan oleh rider Grab tersebut, pihak Grab Malaysia menerusi satu ciapan balas yang dibuat melalui akaun rasmi Grab Malaysia telah menyeru netizen untuk membantu mengesan rider berkenaan.

Dalam ciapan tersebut, pihak Grab menyatakan bahawa pihaknya ingin memberikan ganjaran ke atas tindakan pantas rider berkenaan.

image is not available

Selain itu, pihak Grab Malaysia juga memuji tindakan rider tersebut yang pantas memberi bantuan.

image is not available
Gambar : Twitter