Grab Melabur Pada Momenta – Syarikat Yang Membangunkan Teknologi Swapandu Dan Roboteksi

TechnologyBusiness & Finance
18 Dec 2025 • 6:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab sedia melakukan pelaburan pada beberapa syarikat yang membangunkan teknologi swapandu serta roboteksi sebelum ini. Terbaru, turut menambah pada portfolio pelaburan Grab adalah Momenta.

image is not available

Momenta yang berasal dari China sedia bekerjasama dengan beberapa syarikat dalam pengenalan perkhidmatan roboteksi, termasuk bersama Uber untuk ujian roboteksi di Jerman, dan juga bersama Lumo di Abu Dhabi.

Nilai pelaburan dan pegangan yang diambil oleh Grab tidak dinyatakan. Grab kini dilihat dalam fasa persediaan memperkenalkan peralihan ke perkhidmatan roboteksi di rantau Asia Tenggara, dan sedia melabur pada beberapa syarikat, termasuk May Mobility, WeRide dan juga Vay. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi perkhidmatan roboteksi oleh Grab di Asia Tenggara dalam beberapa tahun lagi.