Grab Mengambil-Alih Platform Kewangan Berpusat Di AS – Stash Financial

WorldBusiness & Finance
12 Feb 2026 • 9:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Grab kini mengumumkan mereka akan mengambil-alih platform kewangan yang berpusat di Amerika Syarikat, iaitu Stash Financial. Grab mengambil-alihan pada nilai mencapai $425 juta.

Stash Financial menawarkan kemudahan untuk para pengguna melakukan pelaburan kecil menggunakannya, dan turut hadir dengan bantuan pelaburan berasaskan robo seperti beberapa platform lain.

image is not available

Grab mengatakan akan terus mengoperasikan Stash di Amerika Syarikat, dan pada masa yang sama ingin membawa penawaran perkhidmatan seumpamanya di rantau Asia Tenggara ini.

Grab turut menyatakan pengambil-alihan ini terus menambah kepakaran dan pengetahuan mereka dalam arena kewangan digital, selain turut memberikan akses kepada sokongan kecerdasan buatan Stash dalam pelaburan.

Stash dijangka akan terus beroperasi secara kendiri pasca pengambil-alihan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved