Grab PayLater Mengenakan Faedah Baharu 1.25% Sebulan Bermula Hari Ini

Business & FinancePersonal Finance
9 Mar 2026 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Grab Malaysia telah menyeragamkan kadar faedah PayLater kepada 1.25% sebulan bermula hari ini. Ia akan dikenakan ke atas semua pelan ansuran baharu selama 4, 8 dan 12 bulan dengan ia hanya melibatkan transaksi yang dilakukan hari ini. Pelanggan yang menggunakan PayLater sebelum ini masih dikenakan kadar promosi 1% yang diperkenalkan sebelum ini.

image is not available

Grab berkata kadar baharu ini diperkenalkan bagi memudahkan dan menyeragamkan kadar faedah dikenakan PayLater merentas transaksi atasan dan di stor fizikal. Ini sekaligus memberikan pengalaman yang lebih telus dan boleh dijangka kepada pengguna. Tambah Grab lagi, Kadar 1.25% ini akan kekal sehingga 31 Mei 2026.. Pengguna akan diberi notis awal jika terdapat perubahan selepas tarikh tersebut.

Perkhidmatan PayLater membolehkan pengguna membahagikan pembayaran kepada ansuran secara BNPL. Ia diuji di Singapura terlebih dahulu pada Julai 2019 sebelum diperkenalkan di Malaysia pada September 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved