Grab Tawar Diskaun Kereta RM3000 dan Kursus TVET Bersama GIATMARA Untuk Rakan Pemandu

15 Dec 2025 • 7:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Grab kini bukan sekadar platform pekerjaan, tetapi juga platform untuk naik taraf kehidupan.

Grab Tawar Diskaun Kereta RM3000 dan Kursus TVET Bersama GIATMARA Untuk Rakan Pemandu. Bagi ramai rakyat Malaysia, menjadi rakan pemandu atau penghantar Grab adalah sumber pendapatan. Ada yang menjadikannya sebagai sumber utama, ada juga yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Namun, sering kali timbul persoalan seperti “Sampai bila nak memandu?” atau “Macam mana kalau nak tukar kereta yang lebih selesa?”

Tahukah anda bahawa Grab Malaysia sebenarnya mendengar keluhan ini. Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan inisiatif besar-besaran untuk bukan sahaja meningkatkan pendapatan, tetapi memberikan manfaat bermakna yang menjamin masa depan rakan pemandu dan penghantar mereka.

image is not available
Grab Tawar Diskaun Kereta RM3000 dan Kursus TVET Bersama GIATMARA Untuk Rakan Pemandu

Grab Jalin Kerjasama Dengan GIATMARA dan CARSOME, Beri Manfaat Besar Kepada Pemandu

Melalui kerjasama strategik dengan agensi latihan kerajaan GIATMARA dan gergasi automotif CARSOME, Grab kini membuka jalan untuk peningkatan kemahiran (upskilling) melalui kursus TVET GIATMARA dan memudahkan pemilikan kenderaan baharu. Kerjasama ini dilaksanakan di bawah GrabAcademy, salah satu teras utama dalam GrabBenefits buat rakan pemandu dan penghantar.

Inisiatif GrabAcademy di bawah GrabBenefits ini bukanlah perkara baharu. Sejak tahun 2017 lagi, mereka telah bekerjasama dengan nama-nama besar seperti CARSOME Academy, Saito University College, dan Aisya Rahman Advisory, memberi manfaat kepada ribuan rakan pemandu dan penghantar. Malah, program mikrokredit kewangan mereka sebelum ini terbukti memberikan impak yang besar kepada komuniti ini.

Berikut adalah pecahan ringkas tentang kerjasama terbaharu Grab Malaysia dengan GIATMARA dan inisiatif bersama CARSOME:

1. Boleh Belajar Skil Baharu & TVET Bersama GIATMARA

Kali ini, kerjasama Grab Malaysia dengan GIATMARA membawa akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke tahap yang lebih tinggi.

Fokus utama adalah pada kursus TVET GIATMARA, melalui pembelajaran kemahiran praktikal yang ‘laku keras’ dalam pasaran kerja semasa, termasuk:

  • Penjagaan dan Keselamatan Kenderaan
  • Pengetahuan Asas Elektrik & Kenderaan Elektrik (EV) – kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai, memandangkan trend automotif kini mengarah kepada penggunaan EV.
  • Operasi Logistik
  • Pengurusan Kewangan dan Perniagaan Kecil

Apa yang menariknya, program ini bersifat fleksibel. Ia menggabungkan modul dalam talian melalui GrabAcademy dan latihan amali (hands-on) melalui kursus TVET GIATMARA. Jadi, rakan pemandu boleh belajar mengikut masa sendiri sambil menimba pengalaman dunia sebenar tanpa mengganggu waktu mencari rezeki.

Menurut Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti Grab Malaysia, inisiatif ini bertujuan memperkasa rakan pemandu supaya mereka boleh berjaya, sama ada di dalam atau di luar ekosistem Grab, selain menyokong agenda kerajaan dalam memperkasa golongan pekerja dalam sektor informal. 

2. Naik Taraf Kereta dengan Diskaun CARSOME

Selain ilmu, ‘alat cari makan’ iaitu kenderaan juga perlu dijaga. Grab faham bahawa kos menukar kereta adalah beban yang besar buat pekerja gig.

Oleh itu, Grab bekerjasama dengan CARSOME untuk memberikan diskaun istimewa kepada rakan pemandu yang layak. Berikut adalah bentuk tawaran istimewa untuk rakan pemandu:

  • Diskaun sehingga RM3,000 untuk pembelian kereta atau tukar-beli (trade-in) melalui platform CARSOME.
  • Baucar minyak ‘one-off’ bernilai sehingga RM1,000 (bergantung kepada jenis perkhidmatan GrabCar dan syarat perjalanan).
image is not available
Rakan pemandu yang layak boleh menikmati diskaun sehingga RM3,000 untuk pembelian atau tukar-beli kenderaan melalui platform CARSOME.

Ini semestinya peluang keemasan bagi mereka yang memandu kereta lama dan ingin menaik taraf kepada kenderaan yang lebih selesa dan jimat minyak untuk meningkatkan potensi pendapatan harian.

Siapa Yang Layak?

Kempen naik taraf kenderaan ini dibuka kepada rakan pemandu Grab yang baharu mahupun sedia ada di seluruh negara.

Inisiatif ini sedang berjalan sekarang dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2025. Masa tak banyak lagi tu, jadi jangan sampai terlepas peluang.

Langkah Seterusnya Untuk Rakan Grab

Inisiatif ini membuktikan bahawa Grab komited untuk memastikan kebajikan komuniti pemandu terbela. Daripada sekadar menghantar penumpang, kini anda mempunyai peluang untuk belajar cara membaiki kenderaan elektrik mahupun menguruskan bisnes sendiri.

Apa yang anda boleh buat sekarang?

Jika anda adalah rakan pemandu atau penghantar:

  1. Buka aplikasi pemandu anda dan semak GrabAcademy untuk modul latihan terkini.
  2. Layari bahagian GrabBenefits untuk maklumat lanjut mengenai tawaran CARSOME.

Sebarkan berita ini kepada rakan-rakan Grab yang lain. Sama-sama kita maju, barulah rasa rindok!

Baca juga artikel berkaitan Grab yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Bagaimana Restoran Ini Tawar Makanan Sihat di Sarawak Sampai Jadi ‘Favourite’ Hingga Ke Brunei
Grab Ambil Alih Everrise, Rangkaian Pasaraya Premium Terbesar di Malaysia Timur
View Original Article