Alternatif Pengangkutan Awam yang Lebih Jimat
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo. Bagi warga Borneo yang bekerja di pusat bandar, pergerakan harian dari rumah ke pejabat kini semakin mencabar dengan kos sara hidup yang meningkat. Kita sering tercari-cari alternatif pengangkutan yang bukan sahaja boleh dipercayai, malah mesra poket.
Memahami nadi penduduk di Sabah dan Sarawak, Grab Malaysia kini membawakan solusi tetap yang bakal mengubah cara anda bergerak di bandar.

Penjimatan sebulan Grab boleh jadi bajet lebihan untuk keperluan rumah
Seorang pengguna tegar Grab di Kuching yang hanya mahu dikenali sebagai “Zai”, seorang pekerja am yang bergantung sepenuhnya kepada e-hailing untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.
“Dulu saya terpaksa bajet lebih untuk tambang, terutamanya untuk kegunaan waktu puncak. Tapi sejak ada GrabCar Saver, saya perasan baki dalam GrabPay saya tahan lebih lama. Penjimatannya nampak kecil, tapi bila dikumpul sebulan, saya ada lebihan untuk membeli barang keperluan dapur,” ujar Zai.
Pilihan ini tentunya sesuatu yang melegakan bagi mereka yang menjadikan pengangkutan awam sebagai mod untuk turun ke tempat kerja setiap hari. Betul juga kata pengguna ni, kalau beza seringgit dua dikumpul dalam sebulan, boleh beli barang dapur tau.
Pilihan GrabCar Saver diperluaskan lagi di Sabah dan Sarawak
Mula diperkenalkan di Borneo pada tahun 2023, Grab kini memperluaskan pilihan GrabCar Saver ke seluruh wilayah Borneo sebagai kategori kenderaan tetap yang menawarkan tambang yang lebih rendah dan kompetitif.
Apa yang membuatkan GrabCar Saver ini menjadi pilihan utama Zai untuk bergerak di Kuching:
- Penjimatan Sehingga 20%: Anda boleh menikmati tambang yang lebih murah sehingga 20% berbanding standard JustGrab.
- Tiada Sistem Pembidaan: Tak perlu rumit nak tawar-menawar; harga yang dipaparkan adalah tetap dan telus tanpa perlu bidding.
- Harga Rendah Setiap Masa: Nikmati harga tambang rendah yang kekal konsisten pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Sebagai contoh, jika perjalanan biasa JustGrab berharga RM6.00, dengan mod GrabCar Saver, anda mungkin hanya perlu membayar RM4.00 sahaja. Ini tentunya pilihan paling mampu milik dan murah untuk pelajar universiti dan sesiapa sahaja yang ingin menguruskan bajet harian dengan lebih efektif.
Jana Pendapatan Ekstra Sebagai Rakan Pemandu Grab
Grab bukan sahaja membantu anda menjimatkan wang, malah membuka peluang untuk anda menambah pendapatan. Jika anda sedang mencari pendapatan sampingan dengan waktu kerja yang fleksibel, inilah masanya untuk menyertai keluarga besar Grab sebagai rakan pemandu.
Syarat kelayakan adalah mudah:
- Warganegara Malaysia: Berumur di antara 21 hingga 69 tahun.
- Kenderaan Layak: Mempunyai kenderaan berumur kurang daripada 15 tahun.
- Lesen PSV: Lesen PSV (untuk e-hailing) akan ditaja sepenuhnya 100% oleh Grab.
Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Mendaftar:
- Daftar secara dalam talian di grb.to/sertaipemandugrab.
- Lengkapkan latihan dalam talian di GrabAcademy.
- Tunggu akaun anda diaktifkan dan mula memandu!

Kehadiran GrabCar Saver di Borneo membuktikan komitmen Grab dalam menyediakan perkhidmatan yang inklusif dan mampu milik bagi semua lapisan masyarakat. Sambil kita berjimat sebagai penumpang seperti Zai, kita juga berpeluang membantu komuniti setempat sebagai rakan pemandu. Buka aplikasi Grab anda sekarang, pilih destinasi, dan scroll ke bawah untuk memilih GrabCar Saver. Nikmati perjalanan selesa dan selamat dengan harga “kaw-kaw” murah hari ini.
Teringin nak jadi pemandu? Boleh klik di sini untuk mendaftar sebagai rakan pemandu Grab dan nikmati tajaan lesen PSV 100% hari ini juga.
Baca juga inisiatif terbaru daripada Grab, khas untuk para wanita:
Grab Malaysia Meraikan Hari Wanita Antarabangsa 2026 (IWD 2026) dengan Pelancaran Perkhidmatan e-Hailing Wanita Sahaja, Women-Only Rides (Beta) dan Perluasan Rangkaian Rakan Pemandu Wanita
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
