GrabCoins Kini Ganti GrabRewards – Rahsia Baru Untuk Berjimat Setiap Kali Guna Grab!

LocalSales & Promo
18 Nov 2025 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah tiba masanya untuk mengubah rutin harian anda menjadi peluang yang penuh penjimatan. Pernahkah anda membuat pesanan makanan kerana lapar, menaiki Grab ketika hujan atau membeli barangan keperluan kerana stok di rumah sudah habis? Semua itu mungkin kelihatan seperti perkara biasa tetapi kini setiap tindakan tersebut boleh menjadi langkah bijak untuk mengumpul GrabCoins!

image is not available

Lebih Daripada Sekadar Penjenamaan Semula

image is not available

Kalau mahu tahu, GrabCoins ialah penjenamaan baharu bagi GrabRewards. Namun, ini bukan sekadar pertukaran nama. Sebaliknya, ia merupakan pendekatan baharu yang menjadikan setiap penggunaan Grab lebih bermakna. Setiap kali anda memesan makanan, menaiki Grab, membeli barangan dapur melalui GrabMart ataupun membuat pembayaran dengan GrabPay, anda akan menerima GrabCoins secara automatik. Lebih menarik lagi, GrabCoins tersebut boleh ditebus untuk pelbagai penjimatan seperti diskaun, tawaran eksklusif dan penjimatan serta-merta.


Rutin Harian Kini Lebih Luar Biasa

Cuba anda bayangkan, rutin harian seperti bersarapan di pejabat kini membuka peluang untuk memperoleh GrabCoins. Dengan hanya membuat pesanan GrabFood untuk sarapan atau minum petang, anda menerima 5% kembali dalam bentuk GrabCoins. Sekiranya anda memilih menu Grab Signatures, tambahan sebanyak 5% GrabCoins menanti anda. Mudah, bernilai dan terus memberi pulangan kepada anda.

Kemudian, bayangkan pula saat anda merancang makan malam bersama keluarga. Dengan hanya menempah meja melalui Grab Dine Out, anda akan menerima 150 GrabCoins secara automatik. Mudah dan berbaloi, bukan? Selain memudahkan perancangan, anda turut menikmati pulangan segera yang menjadikan setiap hidangan lebih bernilai.

image is not available

Dalam masa yang sama, ketika membeli barangan penjagaan diri anda juga boleh mendapatkan produk kesihatan dan kecantikan di GrabMart serta menikmati pulangan 5% GrabCoins. Selain itu, jika anda menggunakan Pay Later by Grab untuk pembelian dalam talian maka anda akan menerima 200 GrabCoins. Bukan itu sahaja, kerana di Jaya Grocer anda boleh memperoleh sehingga 1x GrabCoins apabila membuat pembayaran dengan GX Card atau GrabPay Wallet. Semuanya mudah, fleksibel dan penuh nilai.

Bagi perjalanan harian, anda boleh membuat tempahan awal melalui Advance Booking dan menikmati 5% GrabCoins. Sekiranya memilih kenderaan Premium atau Executive, anda turut boleh menerima pulangan yang sama. Lebih istimewa, ahli GrabUnlimited berpeluang mengumpul hingga lima kali ganda GrabCoins berbanding pengguna biasa yang menjadikan setiap perjalanan lebih bernilai dan menguntungkan.

image is not available

Akhir sekali, apabila tempahan hotel atau aktiviti dilakukan melalui aplikasi rakan kongsi Grab, sebanyak 1.5% GrabCoins akan diberikan bagi setiap transaksi yang disahkan. Ini merupakan cara mudah untuk merancang percutian sambil mengumpul penjimatan yang berbaloi.

Nampak tak? Setiap pesanan, perjalanan dan pembelian menyumbang kepada GrabCoins anda. Lagi menarik, ia sebenarnya lebih menjimatkan. Teruskan guna Grab seperti biasa dan lihat GrabCoins anda bertambah hari demi hari!


Tebus Semudah ABC

Tapi bagaimana pula untuk menebus? Mudah sahaja! Semua GrabRewards anda akan ditukar secara automatik kepada GrabCoins, jadi tiada langkah tambahan diperlukan. 

image is not available

Ketika checkout di GrabFood atau GrabMart, aktifkan sahaja toggle GrabCoins dan nilai penjimatan akan dipaparkan secara langsung di skrin anda. Sebagai anggaran, 15 GrabCoins bernilai lebih kurang RM0.10, manakala RM1 bersamaan kira-kira 150 GrabCoins. Namun mesra diingatkan bahawa setiap GrabCoins mempunyai tempoh sah selama 6 bulan, jadi pastikan anda menebusnya sebelum tamat tempoh agar tidak terlepas peluang penjimatan.


Pesan Sekali, Jimat Berkali-Kali!

Raih GrabCoins segera dan nikmati penjimatan serta-merta. Kadangkala satu pesanan sahaja sudah cukup untuk mengumpul GrabCoins yang mencukupi bagi menikmati diskaun pada transaksi berikutnya.

Setiap kali menggunakan Grab, anda bukan sekadar memudahkan rutin harian, malah turut membawa pulangan nilai tambah yang boleh ditebus semula tanpa sebarang kerumitan. Semua ini berlaku secara automatik menjadikan pengalaman anda lebih berbaloi.

Terokai GrabCoins sekarang dan lihat sendiri betapa berbaloinya setiap pesanan anda. Untuk mengetahui pelbagai cara mengumpul serta menebus GrabCoins, anda boleh terus ke halaman rasmi Grab di www.grab.com/my/rewards untuk panduan lengkap dan tip penjimatan yang tidak patut dilepaskan!

Penafian: Advertorial dari Grab