GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong

LocalFood
24 Jun 2026 • 1:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Salah satu perkara yang kita sangat bangga sebagai rakyat Malaysia adalah kepelbagaian makanan kita, seperti nasi lemak yang sangat popular di Kuala Lumpur, nasi dagang dari Pantai Timur sampailah hidangan unik daripada Borneo. Yang penting semua sedap!

“Malaysian food is so good! I would come back just for the food”

Advertisement

Kami yakin, anda mesti selalu dengar feedback di atas ni daripada kebanyakan pelancong luar negara betul tak?

Jadi, disebabkan dah tahu kelebihan negara kita, Grab apa lagi, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, mereka ambil peluang ini untuk memudahkan lagi pelancong luar dan dalam negara dengan memberi panduan menerusi Grab 5-Star Eats.

Kalau nak tahu macam mana, jom kami kongsikan!

Rating Rakyat Malaysia Jadi Panduan Untuk Foodie

Tak dinafikan, setiap kali kita merancang untuk melancong ke destinasi baru, benda pertama kita akan buat adalah buka sosial media dan cari restoran viral untuk dicuba.

Image from: GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong

Namun, tak semua yang viral di media sosial itu memenuhi citarasa kita, dan akhirnya kita sendiri akan kecewa betul tak?

Di sinilah Grab 5-Star Eats memainkan peranan penting, dan kalau anda belum pernah dengar lagi, anda sebenarnya ketinggalan banyak sebab ia adalah panduan terbaik untuk cari restoran lokal yang sedap-sedap tau!

Grab 5-Star Eats ni adalah panduan makanan yang disokong oleh Tourism Malaysia dan dibina berdasarkan review dan rating dari jutaan rakyat Malaysia di seluruh negara.

Panduan digital ni memang ngam sangat sebagai sokongan Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk orang lokal kita sendiri serta pelancong mencari restoran paling top, kedai makan legend dan macam-macam makanan tradisional di seluruh negara.

Jadi, apa kata buka aplikasi Grab sekarang dan cari antara rekomendasi restoran dengan rating 5 bintang pada bahagian Grab 5-Star Eats!

Lebih Banyak Port Makan Yang Sedap, Dari Semenanjung Ke Borneo

Bukan itu saja, Grab juga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan bekerjasama bersama beberapa personaliti dan pencipta kandungan tempatan untuk menyerlahkan lagi sisi indah Malaysia dari segi budaya dan makanan dari pelbagai negeri.

Image from: GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong

Salah satunya adalah siri Rakan Grab Jelajah Malaysia, kerjasama bersama KS Lagi yang baru saja dilancarkan di GSC LaLaport BBCC.

Image from: GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong

Dibina atas kejayaan siri Rakan Grab Jelajah ASEAN pada tahun 2025, siri kali ini mempamerkan Shahril bersama Rakan Grab Malaysia pusing ke beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah untuk menyelami budaya tempatan.

Pada masa sama, dalam siri ini juga, anda dapat lihat Shahril cuba sendiri antara restoran-restoran dalam Grab 5-Star Eats yang cukup terkenal seperti,

– Restoran Village Park

– Restoran Hameediyah (Jalan Bukit Bintang)

– Restoran Mat Binjai (Jalan Sultan Sulaiman)

– Borenos Fried Chicken (Asia City)

– A1 Chicken Rice (Lintas Plaza)

View this post on Instagram

Travel Bersama Sofyank, Amati Keindahan Malaysia

Image from: GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong

Selain siri Rakan Grab Jelajah Malaysia, Grab Malaysia turut bekerjasama bersama Sofyank untuk menghasilkan Video Kembara Malaysia, sebuah video travel menggunakan teknologi kesan khas CGI yang sangat smooth, membawa anda mengembara keindahan dan daya tarikan Malaysia dari satu tempat ke satu tempat.

Sekali tengok, anda boleh terus rasa vibe keindahan visual, kepelbagaian bunyi-bunyian yang meriah dan paling penting, macam-macam makanan viral serta legend yang ada di seluruh Malaysia. Memang layan habis!

View this post on Instagram

Rakan Grab Sedia Menyediakan Hospitaliti Terbaik Buat Pelancong

Dalam pada itu, demi menjamin perkhidmatan terbaik buat pengguna, Rakan Grab yang terpilih turut mengikuti Kursus Mesra, sebuah program latihan yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membantu golongan barisan hadapan termasuk pemandu e-hailing dalam memberikan pengalaman menyediakan hospitaliti yang lebih mesra, selesa dan positif buat pelancong antarabangsa.

Pelancong Boleh Nikmati Promosi Hebat Menerusi Grab!

Image from: GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong

Eh, by the way kalau anda ada kawan-kawan atau keluarga daripada luar negara yang nak datang ke Malaysia, ini adalah masa yang tepat sebab mereka boleh tebus Visit Malaysia 2026 Travel Pass di dalam aplikasi Grab tau!

Boleh lah diaorang enjoy macam-macam promosi dan penjimatan untuk GrabCar dengan GrabFood sepanjang berjalan di Malaysia. Barulah jimat poket nak makan sedap dan pusing Malaysia!

Bagus juga kan Grab Malaysia buat macam ni? Senang buat semua orang yang nak melancong untuk cari makanan serta pengangkutan.

Jadi, ingat! Kalau anda nak melancong ke negeri-negeri yang anda teringin sangat nak pergi, pastikan anda cek sekali restoran-restoran lokal bertaraf 5 bintang di Grab 5-Star Eats okay!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Grab Malaysia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

The post GrabFood 5-Star Eats Jadi Panduan Pilihan Makanan Lokal Buat Pelancong first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved