GrabFood Kini Sedia Penjimatan Untuk Penghantaran – Murah Tetapi Lambat Sedikit

TechnologyDigital
3 Nov 2022 • 7:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Grab kini memperkenalkan pilihan baharu pada penghantaran GrabFood, dinamakan sebagai “Saver”. Melaluinya, ia menawarkan alternatif untuk “Premium”, dimana kos penghantaran ditawarkan pada harga yang lebih rendah – tetapi sebagai alternatif, pengguna akan perlu menantikan sedikit lama berbanding kebiasaan.

image is not available

Dengan langkah pengenalan ini, pengguna boleh menikmati makanan pada GrabFood tanpa risau kos penghantarannya. Grab menyatakan masa penghantaran untuk pilihan “Saver” ini akan mengambil masa tambahan sebanyak 20 minit berbanding pilihan biasa.

image is not available

Pilihan penghantaran “Saver” ini terhad kepada beberapa kedai sahaja, dan ia dilabelkan pada bahagian carian sebelum kita memilih sesuatu kedai di GrabFood.

Buat masa ini, pilihan “Saver” pada GrabFood ini ditawarkan kepada pengguna di Ipoh, Johor Bahru, Klang Valley, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Penang.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved