Grade One Marine berjaya siapkan projek selenggaraan korvet KD Laksamana Muhammad Amin

LocalPolitics
23 Aug 2024 • 12:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Grade One Marine berjaya siapkan projek selenggaraan korvet KD Laksamana Muhammad Amin

zakisalleh

23/08/2024 - 12:20

LUMUT 23 Ogos - Syarikat Grade One Marine Shipyard Sdn. Bhd. (Grade One Marine) berjaya menyempurnakan selenggaraan berjadual (refit) kapal KD Laksamana Muhammad Amin di limbungannya di Kampung Acheh, Sitiawan di sini.

Refit ini bukan sekadar penyelenggaraan rutin, sebaliknya adalah proses transformasi dengan pembaikan secara ‘re-hull’ semula badan kapal.

Menerusi konsep itu blok hull yang baharu dibina dan sebahagian peralatan pada badan kapal yang lama dibawa keluar, dirombak pulih dan dipasang pada hull baharu tanpa mengubah sepenuhnya reka bentuk asal.

Selenggaraan juga melibatkan penggantian kesemua jentera utama, kotak gear, shafting, propeller dan set janakuasa termasuk switchboard serta kabel berkaitan.

image is not available
Pengarah Urusan Grade One Marine, Dato' Che Mansor Md Rejab (duduk di kanan) menyempurnakan penyerahan kapal sambil disaksikan Panglima Logistik Barat, Laksamana Pertama Shaiful Bahari Baharuddin dan Panglima Armada Barat, Laksamana Madya Dato’ Shamsuddin Ludin (berdiri di belakang).

Program selenggaraan kapal yang mengambil masa kira-kira 3 tahun ini dilaksanakan dengan penglibatan langsung Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Grade One Marine dalam kenyataan memberitahu, projek ini merupakan permulaan kepada lembaran baharu syarikat.

Ini kerana cara pelaksanaan yang inovatif dan mencari cabaran yang baharu adalah selaras dengan visi dan aspirasi TLDM.

“KD Laksamana Muhammad Amin telah diberi nafas baharu umpama melahirkan semula pahlawan laut yang lebih kuat dan berkebolehan.

image is not available
Sebahagian daripada tenaga kerja Grade One Marine dan anggota TLDM yang terlibat dalam program refit KD Laksamana Muhammad Amin.

image is not available

“Selain impak meningkatkan kompetensi syarikat, kami juga memperoleh pengalaman tidak terhingga,” ujar kenyataan itu.

Projek ini bukan sahaja telah mengukuhkan komitmen Grade One Marine untuk berkhidmat kepada negara, tetapi juga mempertingkatkan bakat tempatan yang lebih berdedikasi.

Ini kerana proses tersebut bukan sekadar selenggaraan kapal tetapi adalah bukti apa yang boleh dicapai dengan kepercayaan, inovasi dan kerjasama.

KD Laksmana Muhammad Amin merupakan salah satu kapal daripada Skuadron Korvet Ke-24.

image is not available

image is not available

Bagi TLDM pula, ini merupakan aset kedua yang menjalani menjalani selenggaraan berjadual refit secara re-hull, termasuk re-powering selepas kapal KD Perkasa.

Kaedah ini adalah pendekatan interim terhadap tatacara senggaraan berjadual kapal di limbungan, khususnya bagi kapal yang telah berusia. - DagangNews.com

View Original Article