
Kota Kinabalu: Graduan Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (IATC) perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh di pusat itu untuk memulakan perusahaan pertanian sendiri berbanding mencari pekerjaan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pelatih di IATC telah dilengkapi dengan pelajaran berharga, bukan sahaja mengenai pertanian tetapi juga keusahawanan.
