
Kota Kinabalu: Pelajar dan graduan seni persembahan digesa untuk tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan, tetapi sebaliknya digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Sabah Jasmi Rasit berkata penjawatan dalam kerajaan adalah terhad sekali gus tidak dapat menampung lambakan mahasiswa seni persembahan di negara Ini.
“Untuk pelajar institusi pengajian tinggi, kita (JKKN Sabah) menerima ramai pelajar latihan industri khususnya daripada pelajar seni persembahan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
“Kita juga memberikan mereka peluang latihan itu sendiri menerusi kumpulan kebudayaan di bawah JKKN.

