Graduan impi gaji lebih RM3,000 di awal kerjaya, netizen minta berangan dulu

LocalBusiness & Finance
30 Oct 2024 • 11:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Graduan impi gaji

Perkongsian video tentang jawapan para graduan impi gaji lebih RM3,000 di awal kerjaya selepas ditanya berkenaan gaji yang mereka jangkakan apabila masuk ke dunia pekerjaan telah menuai pelbagai komen daripada netizen.

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok Universiti Malaysia Pahang Al- Sultan Abdullah (UMPSA) kebanyakan graduan yang baru sahaja selesai menghadiri konvokesyen menjawab tangga gaji yang sesuai untuk lepasan ijazah adalah RM3,000 ke atas.

@umpsamalaysia

"Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA

♬ Positive background music such as play and games(1251730) - earbrojp

Graduan impi gaji lebih RM3,000, sebab ada kemahiran & pengalaman

Rata-rata jawapan yang diberi adalah lebih kurang RM3,000 untuk gaji permulaan sebagai seorang lepasan universiti yang mempunyai ijazah sarjana muda.

Ada juga yang merasakan layak untuk menerima gaji RM5,000 berdasarkan bidang yang dipelajari, pengalaman serta kemahiran yang diperoleh sepanjang bergelar pelajar di universiti.

image is not available

Graduan impi gaji lebih RM3,000, lepasan diploma turut mahu gaji RM5,000

Dalam pada itu, beberapa pelajar lepasan diploma dari universiti terbabit juga merasakan mereka layak untuk menerima gaji sekitar RM3,000 hingga ke RM5,000.

image is not available

Netizen kata mereka belum bangun lagi

Menjengah ke posting video terbabit, ramai yang telah meninggalkan komen dengan meminta untuk mereka berangan terlebih dahulu sebelum betul-betul memasuki dunia pekerjaan.

Kebanyakan mereka meluahkan hakikat sebenar dengan menyatakan pendapatan selepas memasuki alam pekerjaan yang mana gaji permulaan jauh lebih rendah dari apa yang mereka bayangkan sewaktu bergraduasi.

image is not available

Diploma gaji nak RM5,000, degree pula mula Rm2,500

image is not available

Realiti tak seindah anggapan

image is not available

Takpe dik, tak salah berangan

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, rezeki masing-masing tidak siapa yang tahu. Boleh jadi mereka mampu memdapatkan gaji yang diimpikan pada pekerjaan pertama dengan kemahiran serta ilmu yang mereka dapati sepanjang berada di universiti.

Sumber: TikTok UMPSA Malaysia