
Kota Kinabalu: Graduan Kolej Komuniti mempunyai kebolehpasaran tinggi untuk memenuhi peluang kerjaya masa depan, kata Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Khairil Anuar Karim.
Beliau berkata, berdasarkan sistem kajian pengesanan graduan 2021, ia menunjukkan kadar kebolehpasaran adalah 94.8 peratus dan ini membuktikan graduan Kolej Komuniti mempunyai tempat dalam pasaran kerjaya, malah menjadi pilihan majikan atau industri.
