Graduan Perubatan Bertindak Pantas, Bantu Wanita Rebah Di Luar Dewan Konvokesyen

LocalHealth & Fitness
2 Dec 2025 • 3:09 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang graduan perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan refleks dan kemahiran profesionalnya apabila membantu menyelamatkan seorang wanita warga emas yang tiba-tiba rebah di luar dewan konvokesyen universiti berkenaan.

Graduan perubatan beri bantual awal terhadap warga emas

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi UPM, insiden itu berlaku sebaik sahaja graduan Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Muhammad Husni Abu Bakar, melangkah keluar dari dewan.

Beliau ternampak seorang wanita yang jatuh secara mengejut lalu segera bergegas memberi bantuan awal.

image is not available

Foto: FB UPM

Artikel lain: Bapa Di Pusat Dialisis, Graduan PhD Hadir Serah Ijazah – “Abah, Terima Kasih..”

Menurut universiti itu, Muhammad Husni melakukan penilaian kecemasan berasaskan prinsip Airway, Breathing, Circulation (ABC) serta memastikan mangsa dapat bernafas dengan baik dan kawasan sekitar berada dalam keadaan selamat.

“Dengan penuh ketenangan, beliau memeriksa nadi, tahap respons dan pernafasan wanita berkenaan sambil mengaplikasikan ilmu klinikal yang dipelajarinya,” tulisnya.

Tindakan tangkas graduan perubatan tersebut berjaya memberi ruang penting sebelum keluarga membawa warga emas itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan seterusnya.

UPM turut memaklumkan bahawa Muhammad Husni kini sedang menjalani latihan siswazah perubatan di Hospital Seri Manjung, Perak.

image is not available

Foto: FB UPM

Minatnya yang mendalam terhadap dunai perubatan dipupuk sejak kehilangan bapanya akibat COVID-19 yang menjadi pendorong terbesar dirinya untuk menjadi seorang doktor.

Kejadian itu, menurut UPM, bukan sahaja menggambarkan keberanian dan profesionalisme seorang graduan muda, malah menonjolkan nilai ihsan serta dedikasinya untuk membantu masyarakat selari dengan semangat seorang doktor yang mahu membawa perubahan dalam kehidupan orang lain.

Sumber: Facebook @Universiti Putra Malaysia

The post Graduan Perubatan Bertindak Pantas, Bantu Wanita Rebah Di Luar Dewan Konvokesyen appeared first on Borak Daily.