Graduan Tak Malu Niaga Cek Mek Molek Depan Rumah, Sebulan Dapat RM10,000

8 Aug 2023 • 5:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan) Politeknik Shah Alam Selangor menjadi inspirasi ramai apabila menjalankan perniagaan menjual kuih tradisional Kelantan, cek mek molek.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, Manisha yang merupakan bekas pelajar maktab rendah sains mara (MRSM) mengaku pernah dijemuh hanya kerana menjual kuih di tepi jalan.

image is not available

Tapi usahanya membuahkan hasil apabila mendapat pulangan sehingga RM10,000 sebulan. Difahamkan, Manisha mula berniaga sejak dua bulan lalu dan membuka gerai di depan rumah di Wakaf Baru, Tumpat Kelantan.

image is not available

Dalam laporan mStar, Manisha Najihah Juhari menjelaskan dia ada pengalaman bekerja di syarikat swasta tapi mengambil keputusan berhenti kerja.

Memang sejak dulu saya minat memasak dan salah satu kuih yang saya pandai buat adalah cek mek molek. Keluarga dan kawan-kawan memang suka makan kalau saya buat.

Katanya, selama tiga tahun dia try and error pembuatan kuih dan banyak belajar daripada tauke kuih yang lain.

Apa yang uniknya, kuih yang dijual Manisha berbentuk bulat dan dijual RM1 untuk 5 biji. Cek mek yang bentuk bujur macam biasa pun ada tau.

Kredit: mStar | TikTok @chashaajuhari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media